Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal usul nama “Tok Randok” ini adalah sempena dengan kecekalan datok-datok (gelaran untuk orang-orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian daripada kawasan disini keadaan tanahnya yang berair dan berpaya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


D.I.Y SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2018

Projek D.I.Y sampul raya ini adalah menggunakan barang-barang kitar semula untuk dijadikan sampul duit raya. Peserta yang menyertai projek ini adalah ahli pusat internet....baca selanjutnya

PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YAPEIM

Aktiviti Terkini | 04 Jun 2018

Program Inspirasi Ramadhan ini dianjurkan oleh YaPEIM Terengganu yang diadakan di Masjid Hadhari Perumahan Tok Randok. Program ini adalah untuk meraikan anak-anak yatim & miskin di negeri Terengganu....baca selanjutnya

VIDEO KLUSTER - USAHAWAN BARANGAN VANTAGE

Aktiviti Terkini | 07 Mei 2018

Aktiviti ini adalah untuk menjalankan pengambaran video usahawan yang menjalankan perniagaan barangan vantage di rumah usahawan Padang Setengge, Kuala Berang...baca selanjutnya

VIDEO KLUSTER - LANDAK

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Aktiviti ini adalah untuk merakam dan menemuramah usahawan tentang hidupan landak, cara hidup, cara penjagaaan, harga landak di pasaran, cabaran bisnes landak dan harapan usahawan di masa hadapan....baca selanjutnya

JELAJAH SEBENARNYA.MY - FORUM BICARA PERDANA BERITA PALSU MUSUH NEGARA

Aktiviti Terkini | 13 April 2018

Program ini bertujuan mendekati komuniti tempatan dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan dalam memilih berita dan mengesahkan kandungan maklumat sebelum berkongsi....baca selanjutnya

MALAM SEJATI MELAYU BERSAMA DENDANG ANAK

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2018

Program bersama komuniti yang mellibatkan aktiviti dan seni persembahan kebudayaan. Kumpulan Dendang Anak mempersembahkan seni budaya “Tradisional Masyarakat Melayu” yang terletak di perkampungan Jenagor Kuala Berang. Kluster Hulu Terengganu turut diundang untuk menjalakan rakaman video persembahan Dendang Anak....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN GAZBIYYA SPA

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Majlis Perasmian Gazbiyya Spa adalah untuk memperkenalkan produk usahawan di daerah Hulu Terengganu. Pemilik Gazbiyya Spa juga merupakan salah sorang ahli Pi1M dan terlibat dalam pembikinan video kluster Hulu Terengganu.Disamping itu,pihak Pi1M juga membuka booth untuk memyampaikan maklumat kepada pengunjung mengenai penggunaan internet secara berhemah...baca selanjutnya

MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA PI1M HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Seramai 32 usahawan mengikuti program ini, program yang dijalankan adalah membuka booth jualan oleh usahawan PI1M Daerah Hulu Terengganu, selain itu juga terdapat program prtandingan mewarna kanak-kanak dan juga fashion show oleh bridal tempatan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti