Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Asal usul nama “Tok Randok” ini adalah sempena dengan kecekalan datok-datok (gelaran untuk orang-orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian daripada kawasan disini keadaan tanahnya yang berair dan berpaya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 11 - 13 April 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

PROGRAM ASAS SOLEKAN

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2017

Program ini dapat membantu dan membimbing individu memulakan perniagaan di rumah atau di mana sahaja dan dapat membentuk keyakinan diri dari semasa ke semasa selain dapat membantu individu mempunyai keterampilan serta keyakinan diri yang tinggi....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN 2.0 'BASIC PHOTOGRAPY'

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Kelas Usahawan ini membuka minda dan daya kreativiti usahawan supaya lebih kreatif dan membantu usahawan mempromosikan produk masing-masing serta memberi pendedahan dan teknik-teknik fotografi supaya hasil gambar produk lebih menarik dan cantik...baca selanjutnya

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Pada 14 Januari 2017, Pusat Internet 1Malaysia Tok Randok telah menyertai program "Program Khidmat Masyarakat” bersama komuniti Perumahan Tok Randok . Antara aktivti adalah gotong-royong di Masjid Hadhari Tok Randok, Majlis Perasmian dan tayangan video kluster Menarik di Hulu Terengganu (Tarian Rodat) di Pi1M Tok Randok. Tujuan program ini untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara komuniti kampung Tok Randok dan mempromosikan keunikkan dan sosio-ekonomi yang terdapat di daerah Hulu Terengganu menerusi terbitan video kluster Menarik di Hulu Terengganu....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti